
Supporting Local Businesses Through Health & Wellness
September 25, 2025Pinktober Zumba Charity Event 2025: Gerak Bersama, Sokong Kesedaran!

Terima kasih atas sokongan luar biasa daripada semua peserta! Energi dan semangat yang dibawa sepanjang Pinktober Zumba Charity Event 2025 benar-benar mencerminkan mesej utama kempen ini iaitu kesedaran awal mampu menyelamatkan nyawa. Suasana meriah dengan warna pink dan gerakan penuh tenaga menjadikan acara ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga bermakna dalam meningkatkan kesedaran komuniti.



Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi Zumba penuh tenaga, hadiah serta barangan bertemakan pink, dan booth kesedaran kesihatan yang menyediakan kosultasi, saringan kesihatan & analisis kesihatan. Setiap aktiviti dirancang untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan sambil mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya berkaitan kanser payudara.

Selain itu, program turut diserikan dengan sesi forum bertajuk “Your Health, Your Power: Early Detection Saves Lives”. Forum ini menampilkan barisan panel hebat iaitu Dr. Suhailah bt. Ahmad Shukri, seorang Breast Cancer Survivor; Madam Vijayalakshimi Silvathorai, NCSM Ambassador; dan Dr. Nanthini Ponnuvelu, Pakar Bedah dari Putra Specialist Hospital. Perkongsian mereka memberi inspirasi mendalam kepada semua peserta tentang kekuatan, keberanian, dan pentingnya pengesanan awal.

Pinktober Zumba Charity Event 2025 bukan sekadar sebuah acara, tetapi simbol kebersamaan dan sokongan kepada para pejuang kanser payudara. Semoga semangat kesedaran ini terus berkembang dan menjadi langkah awal dalam menyebarkan mesej bahawa setiap kehidupan itu berharga.



